Tuesday, March 17, 2009

OTAK DAN ZIKIR

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sunday, March 15, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, March 8, 2009

BERMULA DARI PANDANGAN

Assalamualaikum. Kutujukan coretan ini untuk mereka yang telah kering untuk merasai kemanisan iman dan juga kepada mereka yang telah menderita oleh panahan syaitan lalu dirinya dirundung kehinaan dan kerunsingan.
Untuk mereka ini kutujukan beberapa kalimat supaya mereka tahu bahawa di sana ada satu pemandangan yang lebih Nikmat iaitu nikmat dan lazatnya melihat wajah Allah swt.
Berapa ramai di kalangan pemuda muslim yang sedang duduk di tepi jalan sambil mata mereka menumpukan pandangan kepada sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Dia tersenyum seorang diri seolah-olah tidak tahu bahawa perbuatanya itu adalah dosa.
Berapa ramai yang menonton televisyen yang menyiarkan wanita-wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dan langsung tidak merasa dia sedang berada di salah satu pintu maksiat. Dan sudah tentu ramai manusia kini duduk menghabiskan masa di hadapan internet untuk melihat laman-laman web yang beracun. Tidak kurang juga mahasiswa mahupun mahasiswi yang asyik memandang kepada kaum bukan sejenis mereka di universiti.
Ini semua merupakan simpulan awal yang akan menjerat mereka semua. Renungan untuk yang mudah lupa, Abdullah bin Masud pernah menyebut tentang perkara ini setelah melihat seorang lelaki menjatuhkan pandangannya ke arah seorang wanita yang bukan muhrim,: "Sekiranya engkau menahan pandangan engkau, itu lebih baik untuk dirimu."Juga kisah seorang pemuda yang menuju ke Madinah untuk berjanji setia dengan Rasulullah saw. Setibanya di Madinah, dia telah melihat seorang wanita Ansar. Apabila baginda Nabi saw mengetahui tentang perkara ini, baginda enggan menerima janji setia daripada pemuda ini sehingga dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya tadi selama-lamanya.
Seorang sasterawan Arab pernah bermadah: Daripada pandangan seterusnya senyuman, dan ucapan salam, dan saling berbual, dan berjanji temu, akhir sekali bertemu. Dan selepas pertemuan itu, kita tidak mampu untuk mengagak apa yang akan berlaku seterusnya melainkan ia adalah maksiat yang amat keji.
Lupakah kita kisah seorang pemuda yang selama usianya menjadi muazzin untuk menyeru manusia mengerjakan solat? Setelah menghampiri penghujung usianya, dia naik ke atas bumbung masjid seperti biasa untuk melaungkan azan. Apabila berada di atas, dia terlihat seorang wanita Kristian yang sangat cantik dan menawan rupa parasnya. Lalu dia segera turun untuk menemui wanita itu dan menyatakan hasratnya untuk mengahwininya. Wanita itu meletakkan syarat iaitu dia mestilah meninggalkan agama Islam. Jiwa yang sedang dirasuk cinta terus setuju dan dia pun mengucapkan kalimah kufur. Setelah itu dia terus menaiki tangga rumah wanita itu, lalu jatuh dan terus meninggal dunia dalam kekufuran.
Hanya bermula dengan pandangan.Mereka yang dibelenggu dengan rantai pandangan ini sering berjalan di tengah orang ramai sambil matanya memandang wajah-wajah wanita dan mereka terus memandang. Juga mereka yang duduk di tepi tingkap bilik samada di rumah, pejabat, kampus universiti atau di mana sahaja, mereka pun melihat sesiapa sahaja yang menarik hati mereka. Mereka menyangka bahawa tiada siapa yang tahu tentang perbuatan mereka itu. Mereka lupa atau tidak pernah membaca ayat Al-quran:" Tidakkah mereka tahu bahwa Dia mengetahui segala yang diciptaNya dan Dia lah Maha Penyantun dan Maha Mengetahui" (Al-Mulk:14) .
Jagalah pandanganmu! !! Ini bukanlah seruan dari seorang manusia, bahkan arahan daripada Pentadbir Langit dan Bumi. Allah berfirman: "Katakan kepada orang yang beriman, tundukkan pandangan mereka dan jagalah kemaluan mereka, ini lebih suci bagi mereka" (An-Nur:30) Jika anda beriman taatilah arahan TuhanMu. Juga wasiat daripada Kekasih kita semua, Rasulullah saw kepada Saidina Ali r.a : "Wahai Ali, Jangan kau turuti pandangan dengan pandangan, sesungguhnya pandangan pertama untuk engkau(dimaafkan) , dan yang selainnya bukanlah untukmu(dosa yang akan dipersoalkan) " (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Pandangan adalah Hutang. Setiap pandangan yang haram adalah hutang ke atas dirinya. Ini bermaksud, jika dia suka memandang kepada semua wanita yang dia temui, maka Allah akan jadikan untuknya manusia-manusia lain juga suka melihat kepada adik perempuannya, ibunya, dan isterinya. Inilah seperti mana yang dia lakukan kepada manusia lain. Sukakah kita keadaan ini terjadi?

Wednesday, March 4, 2009

MALAM PERTAMA PENGANTIN

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya..
SAKIT DAN NAZAK..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Nukilan asal :
nasoha.blogspot.com

Monday, March 2, 2009

BERSAMA MEMBANTU PALESTIN

Saudara seagama sekalian,
Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di Palestin. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam. PELIK TAPI BENAR!!!!!!
Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah memohon bantuan. RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN Mari kita bertafakur, dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.... Bacakan surah tersebut dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera Bergajah.KEMUDIAN BERDOALAH :-
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis...israel. ... Amerika....amin. ...amin.. .."
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
Lipat gandakan doa ini. Kirimlah kepada seberapa ramai kenalan anda. Semoga Allah menerima doa kita semua. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani serta maha mendengar segala doa dan rintihan hambaNya.

Sunday, March 1, 2009

RAHSIA WUDHUK

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersama dengan air atau bersama dengan titisan air terakhir, apabila ia mencuci kedua tangannya, maka keluarlah dosa2 yang dilakukan kedua tangannya bersama dengan air atau bersama dengan titisan air terakhir, sehingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa" Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri

PETUA MURAH REZEKI DAN DIJAUHI KESULITAN

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

DOA-DOA YANG MAKBUL

Doa-doa Yang Makbul :

1. Doa orang yang terdesak.
2. Doa orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Doa anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar

.Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

DI MANAKAH POSISI KITA?

Orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matitidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.