Monday, March 2, 2009

BERSAMA MEMBANTU PALESTIN

Saudara seagama sekalian,
Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di Palestin. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam. PELIK TAPI BENAR!!!!!!
Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah memohon bantuan. RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN Mari kita bertafakur, dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.... Bacakan surah tersebut dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera Bergajah.KEMUDIAN BERDOALAH :-
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis...israel. ... Amerika....amin. ...amin.. .."
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
Lipat gandakan doa ini. Kirimlah kepada seberapa ramai kenalan anda. Semoga Allah menerima doa kita semua. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani serta maha mendengar segala doa dan rintihan hambaNya.

2 comments:

  1. Comel si Danish kat banner tu.

    Semalam sidang pembangunan Gaza yang dipengerusikan Mesir 'berjaya mengutip dana' tetapi negara-negara yang terbabit hanya menyalurkannya melalui kerajaan pimpinan Mahmood Abbas (boneka Israel).

    Akhirnya, kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin (Hamas) semakin dipinggirkan.

    ReplyDelete
  2. Inilah yang akan terjadi sekiranya negara-negara Islam rata-ratanya takut kepada yahudi dan nasrani. Bantuan yang disalurkan pun masih nak 'cover2'. Islam kuat sekiranya semua negara2 Islam ini bersatu.

    Sabda Rasulullah yang bermaksud " Bukan di kalangan kami sesiapa yang tidak menghiraukan hal keadaan orang Islam yang lain". Jadi, sudah tiba masanya semua negara Islam bersatu membantu Palestin dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete